Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa
pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup
neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu
neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap
datang mengepung di sebelah kanan jin dan
manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi
mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang
pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka
di sebelah hadapan muka mereka, serta datang
kumpulan asap mengepung di atas kepala dan
dibelakang mereka. Dan mereka (jin dan
manusia) apabila terpandang akan asap tersebut
maka bergementarlah dan mereka berlutut dan
memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami
selamatkanlah."
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa
sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam
gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya
menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan
pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung,
pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000
lereng dari api dan pada setiap lereng itu
terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari
api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000
lembah dari api. Di setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang
itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada
setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith
tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai
70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000
ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya
mempunyai 70,000 kolah bisa.
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa
sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah
hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia
menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan
pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung,
pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng
dari api dan pada setiap lereng itu terdapat
70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada
setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah
dari api.
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah
SAW telah bersabda : "Akan didatangkan pada
hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan
pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000
malaikat, dan berkenaan dengan malaikat
penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan
oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6
yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-
malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat
apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka
itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia
memukul gunung dengan pemukul yang ada
padanya, maka nescaya akan hancur lebur
gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan
sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam
neraka Jahannam.
Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini
berlindung kepada Allah SWT dari neraka
jahannam." Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka
iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka,
dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah
ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan
dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari
bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah
yang terberat siksanya dari semua ahli neraka,
padahal ia sangat ringan siksanya dari semua
ahli neraka."
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan