Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr)
Selasa, 25 Januari 2011
Jangan kita tinggalkan solat....
Allah telah memperingatkan manusia akan azab yang akan menimpa mereka sekiranya mereka meninggalkan solat. Antaranya:
1. Azab ketika hidup didunia iaitu,
¤Terhapus tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya,
¤Rezekinya tidak dipermudahkan,
¤Allah mengurangkan keberkatan umurnya,
¤Semua amal ma'ruf yang dilaksanakannya tidak dikurniakan pahala,
¤Doanya tidak dimakbulkan.
2. Tiga (3) jenis azab ketika menghampiri kematian (sakratul maut) iaitu,
¤Kematiannya penuh kehinaan,
¤Mati dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat,
¤Keluar roh daripada jasad tanpa iman.
3. Tiga (3) jenis azab ketika dialam kubur iaitu,
¤Allah menyiksanya sehingga hari kiamat,
¤Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuk,
¤Dinyalakan api dan dia dipanggang diatasnya.
4. Tiga (3) jenis azab ketika bertemu Allah iaitu,
¤Allah memandangnya tanpa belas kasihan,
¤Tiada rahmat dan keampunan Allah untuknya,
¤Malaikat membelenggunya lalu diheret ke Neraka.
Azab-azab yang disenaraikan diatas bukanlah suatu dongengan atau cerita-cerita kosong. Walaupun ada segolongan manusia yang mempertikaikan kewujudan azab kubur, kebangkitan diakhirat dan seumpamanya, namun mempertikaikan perkara tersebut tidak memberi apa-apa manufaat kepada mereka. Yang pasti bila tiba masanya, mereka akan berhadapan dengannya dan pada masa itu baru mereka tersedar akan kesilapan masing-masing. Malangnya kekesalan pada hari itu tidak memberi apa-apa faedah lagi. Sebab itu hari akhirat dinamakan juga sebagai hari penyesalan! Menyesal kemudian tiada gunanya!
Wallahua'lam....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan