Sikap
lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan
1. Tidak
kisah dan pendiam - Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah - Diam
kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan
2. Tidak
boleh dipercayai - Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami -
Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap
suami - Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami
3. Lelaki
ego - Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari
lelaki - Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan
tegas - Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki
4. Lelaki
miang - Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan
minda lelaki
5. Lelaki
lemah - Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza -
Pada hakikatnya manusia memang lemah Luahan isi hati insan yang bergelar suami
kepada isteri
1.
Sayangi suami seadanya tanpa syarat.
2.
Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.
3. Fahami
kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.
4. Suami
malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum
dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”
5. Lelaki
sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku
pada isteri seperti kekasih lama isteri.
6. Isteri
jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri,
nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan
dengan hukum seperti agama dan sebagainya.
7. Tolong
sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk
membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.
8.
Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap : - Allah beri gerak hati/
batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan)
dan kurang kepada lelaki. - Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut
lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai). - Apa yang terasa
dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam
hati dan tak terucap. - Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.
9. Jangan
perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang
penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.
10. Tegur
dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan
suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.
11.
Rintihan suami tentang sex : - Hampir semua lelaki malu meminta khidmat
tersebut dari isteri. - Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada,
suami akan tension dan sakit. - Ini adalah naluri semulajadi lelaki.
12. Suami
memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di
pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini
juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada
isteri.
13. Jika
suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri.
Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat
yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”
14. Suami
tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada
masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.
15. Suami
tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain
seperti sms.
16. Suara
suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang
semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang
lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya
keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras,
memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…
17. Suami
memang tak pandai memujuk dan meminta maaf : - Contoh lambang suami minta maaf
pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan
sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya. -
Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana
quota vocabulary suami tak banyak.
18. Suami
tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti
suami cepat mati.
19. Suami
tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu
suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena
jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”,
“Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.
20.
Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang
kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.
21. Suami
tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan
sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami
jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.
22. Suami
tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya :
isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti
orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.
23. Suami
diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.
24. Suami
tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang
dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.
25. Suami
kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.
26.
Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas
dan serba salah.
27.
Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada
“Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti
mereka dah nyanyuk.
28.
Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini
boleh menghina suami.
29. Suami
lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka
akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.
30. Suami
selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh.
Isteri jangan cemburu atau salah faham.
31.
Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.
32.
Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.
33.
Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami
akan rasa tercabar.
Sekian,
semoga perkara-perkata diatas dapat memberi sedikit bimbingan buat insan yang
bergelar isteri dan yang bakal bergelar isteri. Sumber:Dr Fadzilah Mohd Kamsah



